Software & Hardware berkaitan dengan Video Editing

Ramai yang minta saya senaraikan hardware dan software untuk buat video. Sebenarnya perkara ini terlalu subjektif. Sebab ia bergantung kepada budget dan keperluan kita semasa melakukan editing.

Secara amnya pc yang dijual di pasaran sekarang samada clone atau branded sudah mampu untuk buat video editing. Kalau kita tengok senarai harga pc branded macam Dell, Acer, HP dijual dengan harga bawah RM2000 pun sudah cukup untuk buat editing yang basic. Of cource lebih mahal sudah tentu spec lebih baik dan proses editing terutama rendering lebih cepat. Walaubagaimana pun tanya diri kita dulu..apakah kita cukup budget untuk beli highend pc. Kalau rutin kita dalam video editing hanya melakukan simple editing saya rasa tak perlu spec yang terlalu tinggi kecuali kalau pc tersebut digunakan untuk benda lain cthnya games yang memang memerlukan spec pc yang bagus untuk kepuasan semasa bermain.

Secara amnya dibawah h/ware yang saya rasa sesuai untuk editing. Tapi anda harus faham kalau ingin melakukan kerja editing dengan smooth dan rendering dengan cepat serta anda ingin membuat editing yang kompleks spec pc yang lebih baik adalah diperlukan.

1 Cpu
Tak kira samada AMD atau Intel pada spec sederhana sekarang sudah ok…CthIntel P4 2.8 ke atas sudah cukup untuk buat moderate video editing. Dulu banyak video yang saya buat hanya menggunakan P4 1.7 tak ada masalah..memang kalau dibandingkan dengan spec pc saya sekarang memanglah performance jauh lebih baik..tapi apa yang saya nak katakan di sini untuk basic editing spec pc gunakan Intel P4 2.8 ke atas atau AMD yang sama dari segi spec. Kalau pc anda guna Intel® Core™2 Duo processor lebih baik sebab kebanyak software editing dan encoder sekarang support lebih dari single core. Jadi proses editing cth realtime effect, preview dan rendering lebih cepat

RAM atau memory.

Yang ni memang saya galakan guna 1 gig atau lebih. Even kalau 512MB pun dah ok. Tapi untuk performance masa editing dan rendering atau encoding guna 1 gig. Tak kira samada ddr, ddr2 atau yang lebih baik. Kalau anda guna vista saya memang saran kan guna 2 gig sebab Vista dah makan banyak memory kalau dibandingkan dengan XP.

H/disk

Ini juga penting. Saya sangat-sangat galakan pasang 2 atau lebih h/disk dalam system pc anda. Satu untuk Operating system dan software dan satu lagi khas untuk video yang anda capture save dan edit. Elakkan save , capture atau render video anda di dalam partition space sebab dia masih dalam satu h/disk jadi performance serupa dengan satu h/disk. Saiz untuk h/disk untuk video sekurang-kurangnya 80 gig. Anda boleh memilih samada IDE atau SATA. Tapi saya sarankan guna SATA sebab formance dia lebih baik terutama semasa rendering dan encoding .

Motherboard.

Pilih mobo yang sesuai mengikut processor yang anda inginkan. Tapi saya rasa kebanyakkan mobo sekarang sudah cukup baik. Tak kira samada , MSI, Gigabyte, Biostar dan sebagainya..yang penting stable. Satu perkara yang bagus mobo sekarang ni terdapat banyak add in telah sedia ada cthnya intergarted sound card, graphic card dan firewire port jadi anda sudah jimat di situ.

Display card / graphic

Untuk graphic card saya cadangkan guna yang berasingan cth dari jenis Pci-e @ 128 mb ke atas dan sebagainya. Ini kerana intergrated graphic card menggunakan sebahagian memory dari system jadi..mengganggu performance pc. Sebenarnya dalam video editing tak memerlukan graphic card yang highend kalau sekadar buat basic editing tetapi kalau video anda tersebut anda element 3D, particle dan sebagainya graphic card yang baik membantu dari kecepatan dan dapat menghasilkan 3d objek dengan smooth. Satu lagi kalau anda ingin mengguna dual monitor graphic card yang bagus selalunya ada option 2 port untuk monitor samada dalam DVI atau VGA. Option ini memang sangat baik sebab kita boleh expand kan view ke monitor satu lagi. Ini sangat penting kalau kita guna perisian video editing macam Premiere, edius dan sebagainya yang mana kalau guna satu monitor nampak macam crowded. Jadi bagi pendapat saya pci based graphic card adalah sangat digalakan

Monitor

Anda boleh memilih samada CRT atau LCD 17 inci ke atas lebih besar lebih baik. Samada normal atau widescreen untuk LCD terpulang kepada anda. Tapi bagi saya normal 4:3 LCD skrin sudah cukup. Cuma kalau anda ada budget lebih saya galakan guna 2 monitor..Kenapa…emmm cuba dulu baru anda tahu kenapa terutama dalam video editing.

Optical Drive

Ini juga perlu ada. Tetapi hampir semua pc sekarang disertakan sekali CD/DVD drive. Cuma saya sarankan pasang drive yang boleh burn DVD.

Extra pc component

kalau dulu saya terpaksa tambah firewirecard untuk capture dari dv cam tetapi most mobo sekarang sudah ada firecard.. sestengah sound card cth Creative audigy ZS juga ada firewire port. Fire wire port dan cable penting kalau anda nak capture/transfer video dari dv cam. Selan itu bagus juga kalau anda ada capture card untuk capture dari sumber analog cth dari TV, camera video analog atau dari pemain pita VHS. Dari segi quality yang mahal sudah tentu lebih baik…ini saya tak boleh nak nafikan…

Kalau anda serius dalam video editing …dan ingin edit video anda dengan cepat dan smooth saya sarankan guna video editing card. Ok di sini jangan salah faham antara video editing card dan graphic card. Video editing card sebenarnya membantu accelerate proses editing dan rendering tanpa terlalu membebankan cpu. Graphic card untuk pc display image ke monitor..even certain cases graphic juga membantu dalam editing terutama berkaitan dengan 3D rendering dan kalau kita edit video dalam high def. Antara editing yang popular cth dari Matrox, Canopus, Avid dan sebagainya. Mungkin ada yang akan tanya, perlu atau tak editing card ..bagi saya depend pada apa yang kita nak edit dan bagaimana complek nya video yang kita nak edit. Kalau setakat satu atau dua layer tanpa sebarang effect yang kompleks tak perlu editing card. Tapi kalau kita edit multiple layer dan setiap layer ada effect yang tersendiri dan kita ingin preview secara realtime memang perlu. Cth sekarang saya gunakan matrox editing card. Saya dah gunakan hampir 3 tahun yang lalu. Saya dapati memang banyak kelebihan gunakan editing card. Saya boleh render video yang ada effects dengan cepat dan adakalanya boleh preview secara real time di monitor atau di TV walaupun banyak effects dan banyak layer. Walaubagaimana pun ini bukan wajib cuma sabagai satu kelebihan…

Software.

Yang ni memang banyak sangat yang tanya mana yang bagus atau mana yang power. Bagi saya sudah nak cakap yang mana satu. Sebab benda ni bergantung pada apa yang kita nak edit, bagaimana hasil yang kita nak, bagaimana kita samada biasa atau tidak dengan satu-satu software dan bannyak sebab lagi. Tapi video editing software yang advance sudah tentu ada kelebihan tersendiri. Cth jangan bandingkan pinnacle Studio dengan Adobe premiere…memang tak sama. Tapi bagi saya kebanyakkan software untuk consumer sekarang cth Ulead Video Studio 11 sudah cukup untuk edit video dan dalam keadaan tertentu kalau kita bijak menggunakan segala fungsi yang ada dengan kreatif orang kan menyangka kita menggunakan software yang advance. Kalau kita guna software yang advance sekali pun kalau kita hanya buat basic editing hasil dia sama jugak. Kecuali kalau kita gunakan sepenuhnya segala fungsi yang ada secara kreatif dan optimum, kita akan dapat hasil yang lebih baik dari software consumer. Terus terang saya masih guna Pinnacle Studio 9 untuk kerja-kerja editing yang basic kecuali certain cases saya gunakan premiere atau Edius untuk edit video yang mana Pinnacle tidak dapat melakukannya. Yang penting bagi saya bagaimana kita edit dan kreativiti kita semasa edit.

Walaupun kebanyakkan software editing ada disertakan sekali encoder untuk convert video kita ke format yang lain cth VCD atau DVD . Kita juga boleh install standalone video encoder untuk convert video kita ke format yang dikehendaki. Kita kena faham buka semua encoder dibuat dengan quality yang sama. Oleh sebab itu jika perlu install software yang khusus untuk encode video kita dengan menggunakan software yang baik. Antara software yang memang saya recommend seperti Canopus Procoder atau Tsunami Mpeg Encoder. Gunakan sofware ini terutama kalau kita ingin convert video ke VCD.

Tapi tak bermakna apa yang ada di dalam video editing software tak bagus cuma kalau kita mahukan hasil yang lebih baik dan pada quality yang optimum gunakan software yang saya nyatakan di atas.

Sebagai tambahan anda juga boleh install perisian untuk graphic cth Photoshop, Gimp, Paint.net, Paint Shop Paro dan sebagainya. Dalam keadaan tertentu graphic diperlukan cth untuk membuat title dan sebagainya.

0 komentar:

Copyright © 2012 ahmad_exc.
Blogger Template by Clairvo